Tuesday, January 27, 2015

PROGRAM HARIAN SERAMBI RAUDHAH CENTRE

ASSALAMU’ALAIKUM W.B.T

PROGRAM HARIAN SERAMBI RAUDHAH CENTRE






Team tetap di Surau Serambi Raudhah di Reko Sentral Kajang yang dikendalikan oleh Al Hafiz Ustaz Zaidon At Tembori , Team bergerak akan ke kawasan bencana di Pantai Timur pada 29 Januari 2015 , yang mana akan turut serta menyampaikan sumbangan dari orang ramai dari Surau Al Ansar Suria Tropika Serdang dan lain-lain. Kepada mereka yang nak bagi barangan untuk mangsa banjir masih terbuka sepanjang tahun 2015 .Kaum Muslimin dijemput menyertai Program tetap setiap minggu , jumaat sabtu ahad di Surau Serambi Raudhah, Reko Sentral Kajang Selangor






VISI DAN MISI


Kejayaan manusia hanya dalam agama Islam ikut cara nabi s.a.w. , program adalah secara percuma semata-mata mencari redha dan keampunan dan kesukaan Allah.
Program ini dianjurkan oleh Serambi Raudhah Centre yang berpusat di Surau Serambi Raudhah di 17-1 Jalan Reko Sentral 4 ,Reko Sentral Kajang ,Selangor . Program ini adalah percuma terbuka kepada semua kaum muslimin sahaja tanpa mengira usia.Ustaz Ustaz semua dijemput membantu kami bagi menjayakan program ini . No. telefon 03-87332164  / 018-3673083 (En. Adnan)









JADUAL HARIAN (+-  10minit mengikut perubahan waktu solat )

6.13        Pagi :Solat Subuh berjemaah.
6.40        Pagi :Tazkirah  selepas solat Subuh.
7.30     pagi :Adab mesyuarat secara Sunnah Rasullullah S.A.W.
8.00     pagi :Mesyuarat harian berjemaah dengan cara Sunnah Rasullullah S.A.W.
8.30        Pagi:Makan secara berjemaah mengikut Sunnah Rasullullah  S.A.W.
9.30        Pagi:Solat Dhuha
10.00   pagi :bacaan hadis harian dengan membaca kelebihan amalan soleh, kelebihan bersedekah.


·        membaca ayat al-Quran dan hadis kelebihan Al-Quran
·        mengaji dan belajar Tajwid Al-Quran
·        membaca ayat al-quran dan hadis kelebihan solat
·        membaca ayat al-quran dan hadis kelebihan zikir
·        membaca ayat al-quran dan hadis kelebihan dakwah
·        membaca cerita sahabat Nabi Muhammad S.A.W
·        membaca kemunduran umat Islam dan cara mengatasinya
·        membaca ayat al-quran dan hadis  kelebihan sedekah
·        bermuzakarah enam sifat unggul sahabat.





1.26        tengah hari : Solat Zohor berjemaah. 

2.00     petang: Muzakarah harian adab makan,adab masuk masjid, adab usul, adab masuk tandas mengikut Sunnah   Rasullullah S.A.W

2.30     petang: Makan  tengah hari berjemaah mengikut Sunnah Rasullullah S.A.W

3.00     petang: Rehat sehingga masuk waktu Solat Asar.

4.47        Petang: Solat Asar berjemaah.

5.15        petang: Tazkirah selepas Solat Asar.

6.00 petang: muzakarah adab ziarah dan ziarah mengajak orang ke surau untuk ikuti program surau atau masjid.(dakwah)

7.26 Petang: Solat maghrib berjemaah.

8.00    Malam: Tazkirah  selepas Solat Maghrib.

8.29 Malam: Solat Isyak  berjemaah.

9.15         malam: makan malam berjemaah mengikut Sunnah Rasullullah S.A.W.

10.00 malam: bacaan hadis Nabi S.A.W (cerita Sahabat Rasullullah S.A.W)

11.0 0    Malam: Muzakarah adab tidur mengikut Sunnah Rasullullah S.A.W

11.15     malam: solat sunat taubat dan solat sunat hajat.(sebelum tidur)

11.45    malam: rehat

3.00      pagi: solat sunat tahajjud dan solat sunat witir.

4.00 pagi: doa bermunajat kepada Allah S.W.T

4.30 pagi: rehat semula.

5.40 pagi: bangun untuk persiapan Solat Subuh.









































KELEBIHAN KELUAR DI JALAN ALLAH  S.W.T

Allah berfirman : "Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." 
(Muhammad 47:7)

"Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya." (Surah Ali-Imran, ayat 104)

Hadis Nabi S.A.W

Sepagi atau sepetang di jalan Allah swt, lebih berharga dari dunia dan segala isinya.

Debu-debu yang melekat pada tubuh atau pakaian orang yang keluar di jalan Allah swt akan menghalangi dari asap api neraka.

WA’ALAIKUMUSSALAM  W.B.T






No. Telefon Pejabat :
03-87332164  / 018-3673083 En. Adnan  / 0173508095 Ustaz Zaidon





" Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. (Surah Al-Anfal 8: Ayat 2)